Presiden Jerman, secara rasminya Presiden Persekutuan Jerman (Jerman: Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschlandcode: de is deprecated ) ialah ketua negaraRepublik Persekutuan Jerman.
Jerman memiliki pemerintahan sistem parlimen di mana Canselor adalah tokoh politik utama negara dan ketua eksekutif de facto. Namun, Presiden turut memiliki peranan utama lain lebih dari sekadar kerasmian, lagi-lagi secara leluas mengenai cara mereka menjalankan tugas rasmi mereka. Presiden memberikan arahan terhadap politik umum dan perdebatan sosial dan memiliki beberapa "kekuasaan cadangan" dalam kasus ketidakstabilan politik (sebagaimana diatur oleh Fasal 81 dari Undang-Undang Dasar Jerman).
Frank-Walter Steinmeier pemegang jawatan terkini selepas dilantik pada 12 Februari 2017 dan mula berkhidmat pada 19 Mac tahun sama.
Empayar Ketiga Jerman tidak terhapus pada tahun 1945, sebaliknya selepas empat tahun pendudukan Kuasa-kuasa Berikat, dua buah negara Jerman dibentuk pada tahun 1949, iaitu Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) di dalam wilayah yang dikawal Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, serta Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) di wilayah yang dikuasai Kesatuan Soviet. Kedua-dua republik Jerman ini mempunyai seorang Ketua Negara dengan gelaran Presiden. Namun begitu, dengan kematian presiden pertamanya Wilhelm Pieck, Jerman Timur memansuhkan gelaran ini pada tahun 1960. Sehingga Penyatuan semula Jerman pada tahun 1991, wujud dua orang ketua negara di tanah Jerman. Pada saat itu, Presiden Jerman Barat (Jerman: Bundespräsidentcode: de is deprecated ) menjadi ketua negara untuk seluruh Jerman yang bersatu.
¹ Perhatikan walaupun seseorang presiden selalunya pernah menganggotai sebuah parti politik sebelum menjawat jawatan ini, dalam Perkara 55 Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman, penjawat diminta tidak memegang jawatan lain, tidak bergiat aktif dalam kerjaya lain atau menganggotai mana-mana pertubuhan. Oleh yang demikian, semua Presiden Persekutuan telah meninggalkan parti politik mereka dan tidak menyertai kegiatan mana-mana parti politik sepanjang tempoh jawatannya.
^Didasarkan gelaran rasmi dalam negara: Bundespräsidentcode: de is deprecated dan Bundesrepublik Deutschlandcode: de is deprecated - Foreign Office of the Federal Republic of Germany (1990). German Institutions. Terminological Series issued by the Foreign Office of the Federal Republic of Germany. Volume 3. de Gruyter. m/s. 28. ISBN978-0-89925-584-2. |volume= has extra text (bantuan)